Suzana Justin
RANAU: Pihak berkuasa berkaitan digesa mempercepatkan pembinaan tapak baru bagi menempatkan deretan gerai sayur di Pekan Kundasang yang merupakan pusat ekonomi utama penduduk.
Ketua Pemuda SAPP Kundasang, Shaifful Azmie Jamil berkata, kedudukan gerai itu ketika ini yang terletak di bahu jalan utama (KK-Kundasang-Ranau) mempunyai tahap keselamatan yang rendah dan terdedah kepada risiko kemalangan memandangkan kawasan tersebut sentiasa sibuk dengan aktiviti lalu lintas.
"Ini bukan sahaja membahayakan nyawa para peniaga, orang awam dan pelancong, tetapi turut mengundang bahaya kepada para pemandu yang melalui jalan tersebut.
"Malah keadaan di sepanjang gerai tersebut bertambah sesak kerana tiada ruang yang mencukupi untuk meletakkan kenderaan, lori-lori pemborong dan bas pelancong yang parkir di kawasan tersebut," katanya dan memetik satu kemalangan yang berlaku tahun lalu apabila sebuah lori merempuh gerai peniaga di kawasan tersebut.
Beliau rnenggesa supaya satu tapak baru yang lebih strategik, teratur dan selamat dengan ruang meletak kenderaan yang mencukupi dibina dengan kadar segera, sesuai dengan imej Kundasang sebagai pusat pelancongan dan pengeluar sayur utama di Sabah.
Lokasi tapak tamu mingguan (setiap Jumaat) di pekan itu juga perlu dikaji semula kerana kedudukan tapak tersebut sering menyebabkan kesesakan lalulintas, terutamanya pada hari Jumaat, tambahnya.
Menurut Shaifful, setakat ini keputusan mengenai pembinaan tapak gerai sayur yang baru di pekan tersebut masih belum disuarakan oleh piliak-pihak yang berwajib.
“Gesaan ini perlu diambil perhatian kerana majoriti penduduk Kundasang bergantung kepada penanaman dan perniagaan sayuran sebagai sumber pendapatan utarna," tegasnya.
Sementara itu, Adun Kundasang, Dr. Joachim Gunsalarn ketika dihubungi berkata, satu mesyuarat berhubung perkara tersebut akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan semula mengenai pembinaan tapak baru gerai tersebut.
"Kita memerlukan maklumat lengkap daripada JKR tentang kesesuaian tapak baru yang dicadangkan. Jika tapak-tersebut selamat dan tidak terdedah dengan masalah mendapan tanah, maka pembinaan tersebut akan dilaksanakan dalam kadar segera.
"Semua pihak berharap agar pembinaan tapak baru itu dapat dipercepatkan. Namun, penelitian dan pemeriksaan dalam semua aspek terutamanya struktur tanah di tapak tersebut perlu dilakukan secara terperinci kerana ia melibatkan penggunaan jangka panjang," jelasnya, yang juga telah mengutarakan masalah tersebut dalam Dewan Undangan Negeri.
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama daripada penduduk dan peniaga di kawasan tersebut untuk bersabar, sementara menunggu keputusan penuh mengenai kesesuaian tapak baru tersebut.
Harian Ekspres
Khamis, 19 Januari 2012
M/s 7
No comments:
Post a Comment