Lagatah Toyos
TAWAU: Ahli Parlimen Datuk Chua Soon Bui mahu tahu jika Sabah masih lagi simpanan tetap bagi Barisan Nasional (BN) seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa lawatannya di sini, sedangkan Sabah didiskriminasi dari segi dasar pelancongan.
Katanya, dasar itu amat bertentangan dengan prinsip Transformasi Ekonomi dalam agenda Perdana Menteri kerana tindakan membatalkan banyak penerbangan terus antarabangsa masuk dan keluar Kota Kinabalu oleh Malaysia Airlines (MAS) akan memberi kesan negatif secara langsung terhadap pembangunan ekonomi sektor pelancongan di Sabah.
Chua berharap Datuk Seri Najib Tun Razak akan campur tangan bagi menangani perkara itu sekarang sebelum BN kehilangan simpanan tetapnya di Sabah.
"Beliau bertanggungjawab kepada rakyat Sabah.. jika Perdana Menteri adalah ikhlas tentang melaksanakan dasar 1Malaysia beliau, kenapa penduduk Sabah tidak dilayan seperri kelas pertama tetapi lebih kepada kelas kedua atau ketiga," soalnya.
Menurutnya, pembatalan penerbangan terus ke Osaka, Perth, Haneda dan Seoul bakal memberi kesan langsung terhadap pemaju hotel, ejen pelancongan, restoran dan banyak lagi industri berasaskan pelancongan.
"Sabah telah memajukan produk pelancongan sejak 20 tahun lepas jadi kenapa penerbangan kebangsaan milik kerajaan hanya membatalkan perkhidmatan dan tidak membuat pelan alternatif bagi menyelamatkan industri pelancongan di Sabah?"
Katanya, apabila Sabah kehilangan tiga laluan antarabangsa ini, ia akan mengambil masa beberapa tahun lagi untuk meningkatkan jumlah pelancong semula.
Harian Ekspres
Sabtu, 21 January 2012
M/s 3
wahai rakyaat sabah jangan anggap pembatalan penerbangan dari luar negara ini hanya melibatkan yang kaya-kaya tapi ia melibatkan kita semua,cuba bayangkan peniaga ABC di warung bukan hanya orang tempatan yang membeli tapi pelancung luar juga yang membeli nya dan kalau mereka sudah berkurangan disebabkan kos perbelanjaan meningkat disebabkan mereka terpaksa bermalam dulu di KL dan baru datang ke sabah mana mereka akan membeli ABC lagi di warung dan kepada pekerja chelet jika pendapatan pengusaha chelet turun tetap pengusaha kan membuang staff mereka jadi tambah lah penganggur disabah....saya cadangkan supaya kita ikut SBPA..."Sepak Barisan Pakatan Ambil" pada PRU13.....
ReplyDelete