Monday, 12 December 2011

SAPP jamin selesai isu tanah jika diberi mandat

Suzana Justin

RANAU: Parti Maju Sabah (SAPP) memberi jaminan untuk menyelesaikan isu pemilikan tanah di negeri ini dalam tempoh dua tahun, sekiranya parti itu mendapat mandat membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya akan datang.

Naib Presidennya, Japiril Suhaimin berkata, janji itu telah dibuktikan sendiri oleh Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee semasa beliau memegang jawatan Ketua Menteri yang mana dalam tempoh dua tahun pada 1996 hingga 1998, sejumlah 48 ribu permohonan tanah telah diberikan geran Anak Negeri (NT).

“Masalah pemilikan tanah khususnya di kalangan pribumi di negeri ini sudah terlalu lama dan seperti tidak akan menemui noktah penyelesaiannya yang akan terus membebankan rakyat di negeri ini.

"Permohonan tanah rakyat perlu diselesaikan kerana hanya dengan cara itu yang mampu membantu mereka untuk mendapatkan bantuan kerajaan, terutamanya mereka yang berhasrat untuk menggunakan tanah tersebut untuk tujuan pertanian bagi mengubah corak kehidupan dan meningkatkan ekonomi khususnya di luar bandar," tegas beliau.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa kerajaan untuk melakukan sesuatu dan mempercepatkan proses pengeluaran geran bagi mereka yang layak.

Japiril berkata demikian bagi merujuk kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Ebin berkaitan masalah utama pekebun kecil yang sukar untuk mendapatkan bantuan kerajaan disebabkan masalah status hak milik tanah kerana hanya pekebun kecil yang mempunyai geran tanah sahaja yang layak untuk menerima bantuan daripada Lembaga Sawit Malaysia (MPOB).

Selaras dengan itu, SAPP menurutnya akan membuktikan bahawa Dasar Refomasi Tanah yang telah dilancarkan oleh parti itu pada 08 November lalu di Kota Kinabalu bukan hanya gimik politik semata-mata tetapi merupakan satu hasrat untuk membantu dan mengubah nasib rakyat di negeri ini.

Harian Ekspres
Isnin, 12 Disember 2011
M/s 6

12 comments:

  1. kerajaan pun tengah cuba selesaikan isu tanah, tapi itu pun kalau SAPP kena kasi mandat la

    ReplyDelete
  2. SAPP boleh menjanjikan bulan dan bintang, tapi rakyat perlulah pandai menilai. Janganlah mudah terpedaya dengan janji-janji manis.

    ReplyDelete
  3. Tengoklah samada SAPP mampu mendapatkan sokongan daripda rakyat bila Pilihanraya nanti.

    ReplyDelete
  4. berjanji mmg mudah, tapi nak melaksanakannya tak semudah yang disangka, SAPP jgn begitu mudah menabur janji.

    ReplyDelete
  5. kurang yakin..lihat dulu apa tindakan yang dibuat oleh SAPP.

    ReplyDelete
  6. kalau setakat memberikan janji itu memang mudah..

    ReplyDelete
  7. sekarang ni semua parti berusaha mendapatkan sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  8. boleh trust ka janji SAPP ni?? semasa YTL jadi KM Sabah terlalu banyak hak2 rakyat dikatakan telah dinafikan oleh beliau dan antaranya adalah; geran2 tanah untuk kampung2 seperti kawasan Inanam, Gudon, Tebobon, Karambunai dan Menggatal tidak diluluskan bagi tujuan pemilikan kerajaan negeri. tiada kontrak untuk kontraktor bumiputra dan iada peluang pekerjaan untuk anak2 Bumiputra.

    ReplyDelete
  9. mungkin SAPP ada harapan diterima rakyat jika bukan YTL jadi ketua menteri Sabah sekiranya parti itu menang PRU akan datang..

    ReplyDelete
  10. Ini adalah janji terdesak SAPP sebenarnya. Kerana sudah buntu untuk mencari sokongan penduduk.

    ReplyDelete
  11. SAPP sengaja mengaitkan isu Tanah ini untuk meraih sokongan. Biarlah apa pun yang SAPP lakukan perlu ingat masih banyak perkara yang perlu dibantu dan bukannya isu tanah saja.

    ReplyDelete
  12. Easy to say, hard to fulfill.

    ReplyDelete