Monday, 12 December 2011

SAPP bimbang PTI turut dapat BR1M

Mail Mathew

TENOM: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Melalap Roger Stimin menggesa pihak tertentu dalam operasi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khurusnya Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN agar tidak ada pendatang tanpa izin (PTI) yang memiliki Kad Pengenalan mengambil kesempatan untuk mendaftar memohon bantuan RM500 itu.

Katanya, beliau bimbang dalam keadaan yang begitu ramai membanjiri kaunter mungkin LHDN akan terlepas pandang ketulenan KP yang dipegang PTI semasa mendaftar dan pen duduk tempatan terutamanya warga emas pula tercicir.

"Kita bukan mempertikai kewibawaan LHDN tetapi kita bimbang dalam kira kira jumlah 5.2 juta yang dijangka pemohon BR1M diseluruh Negara sudah pasti ada kecacatan akan berlaku. LHDN perlu menyedari keberangkalian ini dengan menambah kakitangannya," kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Selain itu, beliau turut kesal dengan maklumat yang dikeluarkan oleh LHDN berhubung jadual pengagihan borang BR1M pada 10 Disember tidak tepat dimana di kawasan pedalaman khususnya di Tenom ramai yang telah menunggu di Dewan Masyarakat di sini sejak awal pagi namun kakitangan LHDN tidak kelihatan.

"Disebabkan maklumat yang kurang tepat itu menyebabkan para pemohon yang kebanyakkannya datang dari jauh merasa kecewa," tegas Roger.

Roger berpendapat langkah pemberian BR1M itu baik dan diharap ianya akan diteruskan," tegasnya.

Di Tenom, jadual pendaftaran BR1M akan berlangsung di Dewan Datuk Sanggau Melalap pada 12 Disember hingga 13 Disember 2011, Dewan Datuk Seri Panglima Antenom, Tenom pada 12 Disember hingga 16 Disember dan Dewan Senator Jinuin Jimin Mandalaom pada 12 Disember hingga 13 Disember 2011. Semua operasi bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Harian Ekspres
Isnin, 12 Disember 2011
M/s 6

12 comments:

  1. Saya pun rasa bimbang, harap2 ini tidak berlaku. Mereka yang warga negara M'sia saja yang layak.

    ReplyDelete
  2. PATI tidak berhak mendapatkan bantuan BR1M, hanya rakyat sah sahaja yang berhak memohon bantuan ini.

    ReplyDelete
  3. Harap pemohon yang layak sahaja akan mendapat kelulusan daripdaa pihak berkuasa mengenai bantuan ini.

    ReplyDelete
  4. bantuan tersebut hnya untuk rakyat tempatan sahaja, PATI tak layak dan tak berhak untuk mendapat bantuan tersebut.

    ReplyDelete
  5. kalau PATI ni sanggup buat apa saja untuk masuk ke negara ini, apa lagilah memohon untuk mendapatkan bantuan. mereka pun tidak mau terlepas dengan bantuan RM500 tu.

    ReplyDelete
  6. pati sememangnya tidak layak untuk memohon bantuan ini.

    ReplyDelete
  7. harap semua mereka yang layak akan mendapat bantuan tersebut.

    ReplyDelete
  8. macam mana pula PTI boleh dapat BR1M ini sedangkan mereka tidak mempunyai dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan tersebut??

    ReplyDelete
  9. atau mungkin SAPP bimbang dengan sambutan yang menggalakkan dikalangan rakyat tempatan Sabah..

    ReplyDelete
  10. PTI tidak layak mendapat bantuan tersebut. Ini kerana syarat utama adalah warganegara.

    ReplyDelete
  11. SAPP tidak perlulah mahu menarik perhatian mengaitkan bantuan dengan PATI. Sudah sedia maklum mereka yang layak adalam mereka yang mempunyai MyKad. Jadi PATI sudah pasti tidak layak.

    ReplyDelete
  12. I'm afraid when the PATI is overpopulated and threatened the state security.

    ReplyDelete