Jo Ann Mool
KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 20 Januari, tahun depan untuk sebutan saman yang dibuat oleh Parti Maju Sabah (SAPP) terhadap Mayor kerana cuba menanggalkan papan tanda Sabahtv.net parti itu di ibu pejabatnya di Bornion Centre, Luyang empat bulan lepas.
Mahkamah Tinggi Datuk David Wong menetapkan tarikh itu pada Rabu, yang dijadualkan sebagai pengurusan kes sebelum perbicaraan.
Terdahulu, mahkamah dimaklumkan oleh peguam yang mewakili SAPP, bahawa mereka akan membuat permohonan baru untuk kes itu diselesaikan dengari cara Perintah 14A Peraturan Mahkamah Tinggi untuk kes itu diselesaikan mengikut undang-undang.
Peguam plaintif, Ken Yong, yang tampil bersama peguam Peter Marajin, memohon penangguhan bagi bersedia untuk soalan.
Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong We Kong bagi pihak parti itu memfailkan saman terhadap Mayor pada 22 Julai, tahun ini kerana cuba menurunkan papan tandn itu pada 9 dan 11 Julai, tahun ini.
Plaintif mendakwa tindakan oleh DBKK untuk menanggalkan papan tanda itu adalah berniat jahat (mala fide), bermotifkan politik dan bertujuan untuk mencemarkan reputasi dan imej parti itu.
Parti itu memohon deklarasi bahawa undang-undang kecil No 3(1) dan 4 Undang- Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Kinabalu' (Pengiklanan) 1983 tidak termak- tub kepada entiti bukan komersil.
Parti itu juga memohon notis kedua yang dikeluarkan oleh defendan bertarikh 11 Julai adalah berniat jahat dan salah dan dengan itu, ia batal dan tidak sah.
Parti itu juga memohon deklarasi bahawa mereka berhak memaparkan Papan Tanda No.2 (Sabahtv.net) di premisnya sendiri dan deklarasi lanjut bahawa mereka berhak menunjukkan mana-mana papal tanda melainkan defendan dapat membuktikan bahawa ia boleh membahayakan orang awam dan/atau mengandungi kata-kata atau bahasa yang dilarang oleh undang-undang Malaysia.
Peguam Kanan Negeri Hanafiah Kasim mewakili Mayor.
Harian Ekspres
Khamis, 22 Disember 2011
M/s 5
No comments:
Post a Comment