Saturday, 24 December 2011

Keputusan kes saman Harris diketahui 29 Feb

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi disini pada 29 Februari, tahun depan akan menyampaikan keputusan mengenai kes tuntutan mahkamah yang difailkan oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Mohd Salleh terhadap Parti Maju Sabah (SAPP) dan Presidennya Datuh Yong Teck Lee kerana menyindirnya terlibat dalam menyebabkan tragedi Double Six yang mengorbankan Tun Fuad Stephens dan kesemua yang menaiki pesawat Nomad itu pada 6 Jun,1976.

Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Rahman Sebli menetapkan tarikh itu selepas defendan menutup kesnya selepas saksi terakhir, Yong, 59, yang juga bekas Ketua Menteri selesai memberi keterangan pada Jumaat.

Mahkarnah memerintahkan defendan memfailkan hujah bertulis sebelum 20 Januari, tahun depan dan plaintif memfailkan jawapan bertulis sebelum 10 Februari, tahun depan.

Pendengaran yang bermula pada 16 November, tahun ini menyaksikan Harris sebagai plaintif tunggal sementara defendan memanggil tujuh saksi sepanjang bicara itu.

Harris, sebagai plaintif memfailkan writ saman pada 19 Julai, 2010, menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan tidak kurang daripada RM50 juta daripada Yong, yang dinamakan sebagai defendan pertama dan SAPP sebagai defendan kedua, kerana memfitnah.

Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang defendan sama ada dengan sendiri atau pekerja atau ejennya daripada mencetak dan menerbitkan kenyataan dan fitnah serupa dalam apa sahaja bentuk atau cara.

Harris diwakili oleh peguam Yunof Maringking dan Trevor Kenneth Maringking sementara Yong dan SAPP diwakili oleh peguam Datuk Simon Shim dan Flora Dius.

Shim,  terdahulu, memberitahu Mahkamah bahawa tidak perlu untuk memanggil Tengku Razaleigh Hamzah sebagai saksi defendan kerana defendan telah mengemukakan kes dan hujah mereka dalam pendengaran itu.
 
Ketika pemeriksaan utama semula oleh Shim, Yong berkata dalam kenyataannya yang diterbitkan pada 5 April, 2010, tidak merujuk kepada plaintif dalam sebarang cara pun dan sekiranya beliau, ingin menuduh plaintif, beliau akan berbuat dernikian, namun, beliau tidak berniat sedemikian dan juga tidak dinyatakan dalam kenyataan tersebut.

Yong turut berkata dia tidak bersetuju dengan plaintif dimana beliau mencadangkan siasatan semula nahas udara yang mungkin dapat mendedahkan sabotaj kerana ia jelas menyatakan bahawa mungkin tiada sesuatu yang baru ditemui daripada siasatan semula itu.

"Kenyataan sama bahawa tiada sesuatu yang baru akan ditemui daripada siasatan semula yang juga terkandung dalam kenyataan akhbar yang diterbitkan pada 9 April, 2010. Oleh itu, pendapat plaintif bahawa siasatan semula mungkin akan mendedahkan,sabotaj adalah hanya imaginasinya, kata beliau selepas Shim meminta beliau menjelaskan kenapa beliau tidak bersetuju dengan plaintif ketika pemeriksaan balas, Khamis lalu.

Kepada soalan lain ketika pemeriksaan utama semula, Yong berkata beliau juga tidak bersetuju dengan pendapatn plaintif bahawa plaintif menjadi sasaran kepada gesaan siasatan semula nahas udara itu kerana gesaannya adalah untuk menyiasat semula nahas tersebut dan tidak merujuk kepada plaintif dalam kenyataannya.

Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh Trevor dalam sesi malam Khamis lalu, Yong tidak bersetuju dengan Trevor bahawa defendan tidak serius apabila menggesa siasatan semula nahas udara kerana tiada permohonan rasmi kepada pihak berkuasa atau tindakan altenatif diambil oleh defendan atas gesaannya untuk siasatan semula itu.

Yong bersetuju dengan Trevor bahawa sebelum beliau (Yong) membuat kenyataan akhbar itu pada 4 April tahun lepas dan diterbitkan hari berikutnya, beliau tidak memeriksa sendiri cerita itu dengan Tengku Razaleigh, sama ada ianya adalan benar dan tepat. - CDB

Daily Express
Saturday Disember 24, 2011
Page 5

No comments:

Post a Comment