Wednesday, 9 November 2011

RCI-SAPP sambut baik hasrat Dompok temui PM

Mail Mathew

TENOM: Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat, Edward Ethan Dagul menyambut baik hasrat Presiden Upko, Tan Sri Bernard Giluk Dompok untuk menemui Perdana Menteri bagi membincangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin (PTI).

Katanya, SAPP memandang serius isu kebanjiran PTI dan pemberian kad pengenalan dan taraf warganegara kepada PTI.

" Kami berharap isu itu dapat diselesaikan dengan sewajarnya dimana penubuhan RCI merupakan cara penyelesaian tunggal dalam menangani masalah terse- but," kata Edward.

Tambahnya, misi SAPP untuk mengumpul kira-kira 100 ribu tandatangan rakyat Sabah beberapa bulan lalu adalah juga bertujuan untuk mendesak Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Dalam Negeri agar RCI ditubuhkan segera namun usaha SAPP itu dipandang ringan.

"Bagaimanapun, kami agak kecewa kerana usaha SAPP itu tidak mendapat sokongan padu daripada pemimpin pemimpin BN Sabah termasuklah Umno Sabah.

"Kami juga tertanya-tanya kenapa Umno tidak senada dengan kita dalam memperjuangkan RCI sedangkan kesan buruknya akan dihadapi bersama... sebaliknya, Umno terus membisu dalam hal ini," katanya ketika menghadiri aktiviti gotong-royong membaiki rumah seorang warga emas, Amen Duayah, 80, di Kg Tukalilan Ulu menerusi program "Dengar, Lihat dan Selesaikan".

Namun, Edward turut bersyukur kerana sekarang sudah wujud kecenderungan pemimpin-pemimpin Kadazandusun Murut (KDM) dalam Barisan Nasional (BN) yang memperjuangkan masalah itu.

Sementara itu, Edward berkata, SAPP akan terus menjelajah ke kawasan luar bandar untuk memantau masalah rakyat yang memerlukan tindakan dan bantuan segera.

"Kami percaya masih banyak masyarakat yang men- galami masalah yang sukar diatasi secara bersendirian seperti kedaifan rumah, jambatan atau lain-lain. (Jadi).. kami akan cuba membantu menyelesaikan masalah itu," katanya.

Dalam pada itu, salah seorang anak kepada Amen, Paliwong Amen,48, berterima kasih atas usaha Pemuda SAPP dimana sekurang-kurangnya keluarganya dapat bertahan beberapa bulan lagi sebelum mereka dapat mengumpul wang untuk membina sebuah rumah baru.

Paliwong menambah, sebelum ini masalah kedaifan rumah ibu bapanya telah dilaporkan dalam media agar mendapat perhatian Kerajaan, tetapi sehingga kini tiada satu pun agensi kerajaan yang mengunjungi mereka.

Turut hadir pada program itu adalah Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Frankie Chong dan beberapa pemimpin pemuda SAPP pusat.

Harian Ekspres
Rabu, 9 November 2011
M/s 7

No comments:

Post a Comment