KOTA KINABALU: Penduduk di sepanjang landasan kereta api Sabah dari Tanjung Aru-Beaufort-Tenom bertanya sama ada laluan altenatif dimasukkan dalam rancangan pembangunan projek menaik taraf kereta api itu.
Para penduduk berkenaan menyatakan kebimbangan itu setelah mendapat tahu tempat kemalangan di Km18 Jalan Petagas-Kapayan baru-baru ini merupakan salah satu daripada 70 lintasan haram seperti yang diumumkan Pengurus BesarJabatan Keretapi Negeri.
“Kami mahu bertanya soalan mudah sama ada 70 lintasan haram itu sudah haram sebelum penaiktarafan perkhidmatan kereta api RM400 juta itu dijalankan?" tanya mereka.
"Setiap hari kami berhadapan dengan bahaya menyeberangi landasan kereta api itu semata-mata kerana kami tidak mempunyai laluan pilihan setelah kereta api laju (80kmsj) itu beroperasi berbanding kereta api lama (50kmsj) sebelum ini.
"Landasan kereta api ini merupakan laluan singkat kepada kematian," menurut mereka.
Dengan itu, penduduk berkenaan menggesa pihak berkuasa memeriksa laluan yang ada di tapat kemalangan itu dan jawab soalan itu sendiri.
"Kami ingin mengingatkan mereka bahawa istilah "haram" adalah relatif dan hanya timbul selepas penaiktarafan perkhidmatan Kereta Api Laju dari stesen utama di Tanjung Aru ke Tenom, meliputi jarak 134km dan dibuka pada Februari 2011, dilakukan," kata mereka.
Sementara itu, kebanyakanpendudukyang tinggal di kampung-kampung di sepanjang landasan kereta api lidak mempunyai pilihan selain menggunakan lintasan haram, walaupun menyedari akan bahaya dan risiko yang mereka hadapi.
Alan Vincent berusia 12 tahun dari Kg. Air Kepayan khuatir akan keselamatannya setiap kali menggunakan Ialuan seperti itu.
"Saya rasa semakin takut selepas kejadian di sini pada Isnin," kata Vincent yang tinggal kira-kira 500 meter dari tempat pelanggaran keretapi dengan lori tangki minyak itu.
Seorang lagi penduduk mencadangkan supaya Jabatan Keretapi Negeri memagar kawasan landasan kereta api itu dan memberi laluanyang sempurna untuk orang ramai.
"Mereka harus pagar kawasan landasan dan tutup semua lintasan haram sebelum beroperasi sepenuhnya," kata Raidah Roslan. Sementara itu, seorang pekerja jabatan itu, Jusori Saifudin mengongsikan pandangannya.
"Tugas saya adalah berjaga di pondok pengawal setiap hari. Mereka yang mengawal pos itu akan memaklumkan pos-pos lain tentang pergerakan kereta api.
Bagaimanapun, kebanyakan kami hanya berjaga ketika kereta api dijadualkan berlepas atau tiba.
"Kami akan memaklumkan pemandu kereta api untuk memberi amaran kepada orang ramai dengan membunyikan hon mereka lebih awal sekiranya ada orang ramai atau kanak-kanak sekolah atas lintasan tersebut.
"Biasanya orang ramai nampaknya seperti tidak penyedari akan bahayanya walaupun mereka nampak kereta api yang datang itu.
Mengulas tentang kemalangan baru-baru ini beliau berkata: "Kejadian itu berlaku di satu lintasan haram.
"Mereka yang menggunakan lintasan itu harus sen- tiasa berjaga-jaga tentang kereta api yang datang, mereka tidak seharusnya mengambil mudah perkara itu.
"Untuk mengenal pasti lintasan haram, ia tidak mempunyai pagar, tanda amaran atau penghadang yang memberitahu orang ramai bahawa kereta api semakin hampir," kata Jusori.
Sementara itu, Bendahari Parti Maju Sabah (SAPP) Dullie Hj Marie menyiafatkan kenyataan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bahawa semua lintasan haram di sepanjang trek kereta api akan ditutup segera adalah sesuatu yang terburu-buru dan tidak bertanggungjawab.
"Ramai berpendapat projek ini menelan kos kira-kira RM360 juta, dijalankan secara gopoh semata-mata untuk melaksanakannya sahaja dan tanpa fikir panjang. Adalah tidak prakrikal untuk membina landasan di tengah-tengah kawasan yang padat penduduk
"Sudahkah mereka memikirkan tentang aspek keselamatan dan ketidakmungkinan menjaga kesemua lintasan?" tanya beliau.
Pengurus BesarJabatan Kereta api Sabah juga disebut sebagai berkata, semua lintasan haram akan ditutup.
"Sudahkah mereka pertimbangkan yang ini penyelesaiannya kerana begitu banyak lintasan ini menuju ke kampung-kampung, bengkel dan sebagainya," kata beliau dalam satu kenyataan di sini Rabu.
Beliau berkata, ada juga jalan persendirian yang merentasi landasan kereta api ke beberapa buah rumah dari TanjungAru ke Beaufort.
"Sungguh malang sekali kerana kebanyakannya telah ada di situ berdekad-dekad lamanya. Bagaimana pihak berkuasa hendak mengatasinya sebelum kejadian lain berlaku?
"Trek tinggi dipercayai telah dicadangkan yang boleh menghalang kereta dipandu laju di lintasan tersebut.
"Difahamkan, kerajaan Negeri ada meminta "Trek Kereta Api tinggi" tetapi ditolak oleh kerajaan Persekutuan disebabkan ketiadaan bajet," katanya.
Dalam soal itu, kerajaan telah gagal memahami keperluan sebenar penduduk Sabah.
Paling menghairankan adalah projek ini diberikan kepada Keretapi Tanah Melayu, tambahnya.
Harian Ekspres
Selasa, 03 November 2011
M/s 1
talampau-lampau pintar
ReplyDelete