Tuesday, 8 November 2011

Kuota haji Negeri dirampas parti politik: SAPP

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) mendakwa banyak kuota haji negeri ini dirampas oleh parti-parti politik menyebabkan mereka yang layak tersisih.


Naib Presidennya, Jaafar Haji Ismail berkata, ramai umat Islam di negeri ini terpaksa menunggu bertahun-tahun sebelum nama mereka tersenarai sebagai jemaah.


Tambahnya, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung akan diberi keutamaan dan bantuan untuk menunaikan fardhu haji pada tahun hadapan bakal menambah masalah kepada perkara ini.


"Ini bakal menyebabkan lebih ramai yang terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk menunaikan ibadah itu. Sehubungan itu, kerajaan perlu menaikkan kuota haji bagi Sabah, katanya semasa berucap merasmikan majlis penyerahan kereta jenazah sumbangan parti itu kepada penduduk di Kampung Chenderamata II, Likas, di sini.


Kereta jenazah itu disampaikan oleh Wakil Urusan Aulis Auto Sdn. Bhd.


Majlis penyerahan itu disaksikan Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee, Penasihat parti Datuk Mohd Noor Mansur, Ahli Parlimen Sepanggar selaku Timbalan Presiden Datuk Eric Majimbun, Adun Likas selaku Timbalan Presiden Datuk Liew Teck dan Adun Luyang Melanie Chia.


Hadir sama, Bendahari Agung Dullie Haji Marie, Naib presiden Don Chin, Ahli Mailis Tertinggi selaku Pengerusi Penganjur Majlis Mulkaseh Haji Renda dan Penolong Setiausaha Agung Suaib Mutalib.


Mulkaseh berkata, satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi mengurus kereta jenazah itu agar dapat memberi manfaat kepada para penduduk tidak kira bangsa atau fahaman politik.


Harian Ekspres
Selas, 8 November 2011
M/s 7

No comments:

Post a Comment