Saturday, 12 November 2011

Banyak projek infrestruktur tidak memenuhi spesifikasi, kata Chua

TAWAU: Banyak projek infrastruktur di negeri ini disifatkan tidak mencapai spesifikasi ditetapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6.02 bilion (94.4 peratus) daripada bajet keseluruhan RM6.37 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9).

Ahli Pailimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui, sehubungan itu, menggesa agar Perdana Menteri mengawasi perkembangan projek- projek di negeri ini dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat di dalam ketirisan yang berlaku.

Menurutnya, berdasarkan Laporan Audit Negara, sebanyak 341485 projek telah dilaksanakan di negeri ini, namun banyak projek terbabit yang mengalami masalah termasuk paip pecah sebelum boleh digunakan. 

“Kegagalal ataupun kelemahan pembangunan ini tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat dan merupakan satu pembaziran dana rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Chua berkata, perkara itu melibatkan pembelian traktor agrikultur bernilai RM83,839 oleh Majlis Daerah Lahad Datu  yang tidak pernah digunakan semenjak tahun 2006 serta tandas awam di Taman Aman 3, Lahad Datu yang dibina pada Ogos 2009.

Beliau yang juga Naib Presiden SAPP menjelaskan tandas awam yarg menelan kos pembinaan sehingga RM196,900 berkenaan mengalami kerosakan pintu, pili air yang tidak dilengkapi dengan tombol serta tingkapnya dilaporkan telah pecah.

“Laporan itu juga mendedahkan banyak jambatan kayu yang dibaiki di Semporna tidak memenuhi spesifikasi, malah membahayakan keselamatan penduduk. Begitu juga dengan projek-projek di bawah kendalian Jabatan Pelajaran yang tidak mematuhi spesifikasi.

"Antaranya projek pembinaan bangunan kuarters perumahan guru, pembinaan ataupun pembaikan kelas-kelas  mengikut spesifikasi ditetapkan, kipas angin yang tidak berfungsi, dan ada yang tidak memiliki maklumat lengkap mengenai lokasi ataupun kuantiti.


'"Malah banyak pihak berkuasa tempatan juga didapati tidakmenghantar laporan akaua untuk diaudit," katanya sambil menambah persoalan turut timbul mengenai status dua kapal marin kepada pihak penguatkuasa di pelabuhan negeri yang tidak digunakan.

Chua berkata, isu lain yang timbul adalah berkaitan dengan bekalan pakaian seragam pelajar sekolah, kasut, alat tulis yang tidak dihantar ke sekolah-sekolah serta penemuan timbunan stok di sekolah sekitar Kota Kinabalu, Beaufort dan sebagainya.

Tambahnya, laporan audit itu juga turut menyebut tentang kegagalan operasi perpustakaan di negeri ini melibatkan pelbagai masalah yang timbul, serta mengenai kemarahan 58 peratus responden di Tawau terhadap kekurangan tapak meletak kereta.

Utusan Borneo
Sabtu, 12 November 2011
M/s 4

44 comments:

  1. Rancak si Chua bersuara.. Tapi takpalah, kira OK juga tu at least dia tahu ada something wrong yang berlaku:P

    ReplyDelete
  2. Hak ini harus diberi perhatian. Jangan dibiarkan saja, nanti ia jadi bahan untuk kepentingan politik pula. hehe

    ReplyDelete
  3. Apapun, harap hal ini diberi perhatian sewajarnya dmei kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  4. Pihak-pihak yang berkenaan harus rajin turun padan untuk membuat pantauan demi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin.

    ReplyDelete
  5. Selebihnya biaralah rakyat nilai sendiri:)

    ReplyDelete
  6. Kerajaan perlulah memastikan projek-projek yang diagihkan kepada syarikat adalah memenuhi kualiti, spesifikasi dan standard tertentu.

    ReplyDelete
  7. Syarikat yang diamanahkan projek kerajaan patut melakukan tugas mereka dengan sempurna seperti apa yang ada dalam perjanjian. Jika tidak, mereka patut disenarai hitam.

    ReplyDelete
  8. "Ahli Pailimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui, sehubungan itu, menggesa agar Perdana Menteri mengawasi perkembangan projek- projek di negeri ini dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat di dalam ketirisan yang berlaku."

    Betul kata Chua, Kerajaan harus memantau perkembangan projek yang dijalankan agar kualiti dan tempoh projek dapat dijalankan seperti yang dirancang.

    ReplyDelete
  9. Contractor that not being able to fulfill and comply to the contract requirement should be black listed.

    ReplyDelete
  10. "Tambahnya, laporan audit itu juga turut menyebut tentang kegagalan operasi perpustakaan di negeri ini melibatkan pelbagai masalah yang timbul, serta mengenai kemarahan 58 peratus responden di Tawau terhadap kekurangan tapak meletak kereta."

    Tidak kah kerajaan membuat perancangan yang details sebelum melaksanakannya?

    ReplyDelete
  11. "Antaranya projek pembinaan bangunan kuarters perumahan guru, pembinaan ataupun pembaikan kelas-kelas mengikut spesifikasi ditetapkan, kipas angin yang tidak berfungsi, dan ada yang tidak memiliki maklumat lengkap mengenai lokasi ataupun kuantiti."

    Peruntukan diberi 100%, tetapi kerja dan kualiti kerja hanya 50%. Ini berkemungkinan ada pihak yang memgambil kesempatan terhadap peruntukan yang diberi dan akhirnya jumlah yang sampai ke tangan kontraktor adalah berkualiti sebegini.

    ReplyDelete
  12. Projek harus diberi kepada syarikat yang berlatar belakang baik dan trek rekod cemerlang untuk memastikan projek dijalan dan mencapai 100% kejayaan.

    ReplyDelete
  13. Senarai hitamkan sahaja syarikat2 yg tidak dapat menjalan kan tugas yg diberi, merosakkn nama Sabah sahaja...

    ReplyDelete
  14. Semakin PRU mau dekat, isu seperti ini makin dipanaskan oleh pembangkang, kerajaan harus ambik perhatian penuh bagi memastikan semua projek berjalan lancar..

    ReplyDelete
  15. Ada benarnya jg kata2 Chua ne, bukan salah kerajaan 100%..salah kontraktor yg tidak bertanggungjawab jg..sudah di beri peluang tapi tidak menghargainya..

    ReplyDelete
  16. Siapa yang melakukan semua kerja itu? Orang itu yang seharusnya bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  17. Itulah orang cakap, bila sudah diberi kesenangan tidak pandai menghargai. Inilah sikap kontruktor kita, tidak sedar diuntung. Jika sudah diberi projek seharusnya mereka lakukan dengan baik agar imej dan kerja mereka dalam membantu mereka untuk mempromosi lagi lesen mereka itu.

    ReplyDelete
  18. Masalh seperti ini seringkali berlaku...harap kerajaan akan sentiasa memantau dan memberi kerja kepada kontraktor2 yg benar2 bertanggungjawab..

    ReplyDelete
  19. bawa berbincang, dan cari jalan penyelesaian..Chua pun tidak abis2 bercakap..

    ReplyDelete
  20. "Laporan itu juga mendedahkan banyak jambatan kayu yang dibaiki di Semporna tidak memenuhi spesifikasi, malah membahayakan keselamatan penduduk. Begitu juga dengan projek-projek di bawah kendalian Jabatan Pelajaran yang tidak mematuhi spesifikasi."

    Projek yang tidak memenuhi kondisi harus ditolak. Jambatan yang merisikokan penduduk harus diselesaikan serta merta.

    ReplyDelete
  21. Kontraktor yang gagal memenuhi syarat perlu diambil tindakan dan ganti rugi.

    ReplyDelete
  22. Projek harus diberi kepada yang berkelayakan untuk mengelakkan kerugian.

    ReplyDelete
  23. Turun padang, melihat dan memantau perkembangan. Pihakyang bertanggung jawab untuk mengenal pasti perkembangan projek harus menjalankan tugasnya.

    ReplyDelete
  24. Banyak pihak perlu bertanggung jawab untuk memastikan projek dijalan dengan lancar dan mencapai pencapaian yang memuaskan, ini termasuk kerajaan, kontraktor dan QA.

    ReplyDelete
  25. Boleh pula tidak hantar laporan akaun untuk diaudit. Masalah ni.

    ReplyDelete
  26. setiap projek kena dipastikan ia mengikuti spesifikasi yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  27. setiap kontraktor kena dipantau, kena pastikan kerja mereka berkualiti.

    ReplyDelete
  28. Wake up call for the government!

    ReplyDelete
  29. Ensure the officers in charge to monitor these projects according what have been planned. This is not a slightly matter.

    ReplyDelete
  30. bahan2 yang digunakan dalam projek juga kemungkinan tidak berkualiti. mahu kos yang paling rendah dan wang yang selebihnya dimasukkan dalam poket sendiri.

    ReplyDelete
  31. mana perginya pihak2 yang bertanggungjawab mengawasi perjalanan projek2 ni?

    ReplyDelete
  32. ni lah ada peruntukan pun susah. tiada peruntukan pun lagilah susah..

    ReplyDelete
  33. pemantauan dan pengawasan harus dilakukan agar projek2 kerajaan tidak terbengkalai atau tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  34. selain itu, projek2 kerajaan harus diberikan kepada kontraktor yang mampu menyiapkan tugasan tersebut dalam masa yang ditetapkan..kelewatan bermakna kos yang lebih banyak diperlukan..pembaziran dana awam harus dielakkan.

    ReplyDelete
  35. kontraktor2 yang tidak bertanggungjawab ini harus dikenakan tindakan tegas termasuk menyenaraihitamkan syarikat mereka..

    ReplyDelete
  36. diharap masalah2 yang disebutkan akan dapat diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  37. “Kegagalal ataupun kelemahan pembangunan ini tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat dan merupakan satu pembaziran dana rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

    kelemahan2 ini harus dikenalpasti dan diatasi...pembaziran yang terus-menerus akan menimbulkan kemarahan rakyat dan seterusnya memberikan imej negatif kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  38. sebab itulah wujudnya ketua audit negara.. jika kerajaan tidak mengambil berat dengan isu penyelewengan atau salahguna kuasa sehingga membantutnya projek pembangunan, jabatan audit tidak akan diwujudkan di negara ini..

    ReplyDelete
  39. Chua patut tunggu hasil siasatan sprm sebelum membuat pelbagai spekulasi hasil daripada laporan ketua audit negara.. mungkin ada cerita lain disebaliknya..

    ReplyDelete
  40. harap pekara ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya..

    ReplyDelete
  41. kontraktor yang gagal melaksanakan tugas dengan sebaiknya harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  42. Walaupun tidak begitu berjaya sekurang-kurangnya kerajaan cuba yang terbaik untuk memastikan sampai kesasaran yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  43. Ini mungkin kualiti kontraktor itu sendiri yang kurang. Ini kerana inginkan keuntungan yang besar maka mengunakan barangan kualiti yang rendah dan murah.

    ReplyDelete
  44. Tidak mustahil apa yang dikatakan oleh Surinah itu..Kalau kerajaan memberikan peruntukkan yang hanya mencukupi maka kontraktor tersebut semestinya akan mencari keuntungan dari peruntukkan yang diberikan. mengunakan barangan murah dan tidak berkualiti.. Jadi inilah yang mengundang berlakunya masalah dalam projek tersebut. Sebaiknya kerajaan perlu memantau perkara ini semasa projek dilaksanakan.

    ReplyDelete