KOTA KINABALU: Penafian yang dibuat Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato’ Lee Chee Leong mengenai kewujudan Projek IC di Sabah merupakan satu tamparan kepada semua parti komponen Barisan Nasional (BN) Negeri yang telah menimbulkan isu itu selama ini.
Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Eric Majimbun percaya ia merupakan kenyataan penafian yang dirancang awal untuk melindungi Umno setelah sebuah parti komponen BN Sabah, Upko, semasa kongresnya hujung minggu lalu mendesak penubuhan suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Majimbun yang juga MP Sepanggar berkata, penafian itu satu temparan hebat terhadap MP Upko Tuaran Datuk Wilfred Bumburing yang mengemukakan laporan terperinci mengenai isu itu termasuklah Pojek IC kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri setahun lalu yang tidak pernah dijawab.
Sekarang ini jawapannya diterima daripada timbalan menterinya dari MCA melindungi Umno," katanya di sini Jumaat.
Majimbun berkata, kenyataan Lee yang meminta bukti mengenai isu itu juga pukulan hebat kepada semua parti komponen BN, terutamanya Parti Bersatu Sabah (PBS) yang sering lantang rnenyuarakan isu itu daripada dalam.
“Bagaimanapun, kini jelas terbukti yang Umno sebagai pernbuat keputusan utama tidak ambil kisah langsung selagi mereka dapat memenuhi keperluan mereka," katanya.
Beliau berkata, bagi Lee meminta bukti itu adalah tidak munasabah kerana memorandum daripada Upko, buku tulisan Mutalib MD dan Dr Chong Eng Leong sudah mencukupi.
"Saya sendiri sudah beberapa kali menyuarakan isu yang sama di parlimen dan membentangkan isu KP Jerom Majimbun dalam mesyuarat BN kepada bekal PM dan PM sekarang tetapi tiada sebarang tindakan diambil," katanya, sambil menambah, kerajaan masih mengamalkan sindrom membuat penafian dan sengaja memihak kepada 'ibu kepada segala ancaman' itu.
Majimbun berkata, ini satu contoh klasik para pemimpin Persekutuan datang ke Sabah unbuk melakukan apa sahaja yang mereka suka seolah-olah penduduk Sabah jahil tentang isu-isu yang menjejaskan hak dan kehldupan mereka.
" Sebenarnya, para pemimpin persekutuan seperti inilah yang jahil tentang isu-isu tersebut yang menjejaskan penduduk sabah, katanya.
“Kenyataan timbalan menteri itu adalah permulaan untuk menghalang penubuhan RCI.....sekarang ini MCA sebagai orang suruhan UMNO cuba mengambil hati bosnya, dengan menutup apa yang menjadi realiti masalah penduduk Sabah,” katanya.
Harian Ekspres
Sabtu,1Oktober 2011
M/s 1
No comments:
Post a Comment