Datu Shuaib Mutalib
KEBENARAN kenyataan Anggota Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin, dalam Harian Express 16hb September, yang mendakwa Jabatan Tanah dan Ukur Sabah mengutamakan syarikat swasta dalam pemberian geran tanah dan menidakkan permohonan penduduk kampung yang sudah lama menduduki tanah-tanah mereka, adalah episode permulaan yang diakui oleh wakil BN.
Mengakui kebenaran kenyataan YB Datuk Bung Moktar Radin itu, Pen. Setiausaha merangkap Pengerusi SAPP CLC N.49 Tungku, Lahad Datu, Datu Shuaib Mutalib, memang sudah berkali-kali mengingatkan pihak kerajaan tentang pencerobohan tanah-tanah NCR bukan sahaja di kawasan Datuk Bung Moktar Radin malah bermaharajalela diseluruh negeri sabah. Buktinya sudah begitu banyak, kejadian pencerobohan tanah oleh syarikat-syarikat luar swasta di Keningau, Tenom, Sook, Ranau, Kota Marudu, Lahad Datu, Sandakan, Tawau, setiap hari terpapar dimuka surat khabar tempatan. Adakah pihak kerajaan hanya akan membutakan mata dan menulikan telinga dan membiarkan rakyat yang mempunyai hak mutlak menanggung penindasan?
Rakyat yang sudah menduduki tanah begitu lama, mengolah dan membangunkan tanah dengan bercucuk tanam untuk menyara hidup keluarga, apabila memohon untuk digerankan, pihak berkuasa (Jabatan Tanah dan Ukur) tempatan tidak pun menghiraukan, jauh sekali mengambil tindakan. Tetapi apabila syarikat 'penceroboh' swasta yang kebanyakannya datang dari luar Sabah membuat permohonan, dengan senang mereka dilayan dan diberi keistimewaan. Kenapa? Mungkinkah ada udang di sebalik Maggie mee?
Sebagaimana yang dilaung-laungkan Kerajaan yang konon bertanggungjawab, 1Malaysia 'rakyat didahulukan', Dato Shuaib Mutalib meminta Kerajaan Barisan Nasional khasnya di Sabah, supaya mengambil perhatian yang serius terhadap penindasan terhadap rakyat oleh agensi Kerajaan yang terlibat.
Tidak ada gunanya Kerajaan melaungkan reformasi itu, reformasi ini, sedangkan ulat-ulat perosak dengan senyap menjahanamkan kehidupan rakyat yang semakin hari semakin perit. Syabas Datuk Bung Moktar Radin kerana lebih mengutamakan masalah rakyat dari mementingkan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment