Pengerusi CLC N7 Kadamaian Puan Agnes Liewpin melawat jambatan gantung Kg. Bundu Paka yang menujui ke sawah padi, kebun getah penduduk kampung dan juga pusat pelancongan Kilombun semasa mengadakan perjumpaan kecil-kecilan bersama ahli-ahli cawangan SAPP Bundu Paka pada 23 Oktober 2011.
Puan Agnes Liewpin diiringi oleh Ketua Cawangan Encik Bahingki Pandiling dimaklumkan bahawa jambatan gantung tersebut telah berada dalam keadaan yang bahaya sejak 2 tahun yang lalu.
Mengikut penjelasan daripada Ketua Kampung Encik Singan, pihaknya telah membuat permohonan untuk membaiki jambatan gantung tersebut dengan semua pihak berkenaan Daerah Kota Belud tetapi sehingga masa kini, tidak ada apa apa pembangunan untuk jambatan ini.
"Jambatan gantung ini sangat penting untuk penduduk-penduduk kampung yang menggunakannya setiap hari ke seberang sungai untuk mengusahakan tanah-tanah mereka di situ, hasil usaha mereka daripada tanah di seberang sungai ialah padi dan getah, tambahan pula Pusat Pelancongan Kilombun yang diseberang sungai juga merupakan suatu tarikan pelancong terutama sekali "orang putih" daripada luar negara untuk bermain water rafting di situ. Pada 5hb November ini, suatu acara Larian Tahan Lasak sedunia akan diadakan di Kg Lobong2, dan akan menggunakan jambatan ini untuk menujui Pusat Pelancongan Kilombun.
Kita di Kg Bundu Paka ini merasa syukur juga kerana tidak ada apa apa kemalangan berlaku setakat ini, memandangkan Jambatan gantung ini memang tidak selamat di gunakan." Kata Ketua Kampung itu.
Puan Agnes merasa kesal dan dukacita sekali keadaan kehidupan orang orang kampung dan menyoal Wakil Rakyat Kadamaian dan kerajaan BN, jika pihak kerajaan boleh meluluskan peruntukan RM450juta untuk pembinaan empangan di Kg. Tambatuon, kenapa pula jambatan gantung ini salah suatu kemudahan asas rakyat ini tidak dapat di lihat oleh pihak berkenaan di daerah Kota Belud?
Disediakan oleh
Puan Agnes Liewpin
Pengerusi CLC N7 Kadamaian
tu pendudukpun tak mau cari inisiatif gotong-royong perbaiki laluan anak2 mereka...harap peruntukan saja apa tidak kena pijak2 kalau begitu...minta chani saw bah dan terus pergi chainsaw kayu buat beroti dan papan utk membaiki laluan jambatan gantung tersbt...apa2 pun ini adlh tanggungjawab JKKK.....jadi pilih JKKK yg cergas!!!
ReplyDelete