Lagatah Toyos
TAWAU: Naib Presiden SAPP Datuk Chui Soon Bui berkata, parti itu sentiasa mengalu-alukan United Borneo Front (UBF) jika badan itu mahu menggunakan SAPP sebagai 'kenderaan' mereka untuk Pilihan Raya Umum ke-13.
Bagaimanapul, katanya, SAPP akan memberikan restu mereka jika UBF memikirkan mereka mahu menggunakan parti baru berdasarkan kepercayaan dan prinsip mereka.
Menurutnya, SAPP sebagai sebuah parti bersama-sama dengan UBF sebagai NGO telah mennganjurkan seminar dan dialog sejak akhir-akhir ini dan mereka mendapati kedua-duanya berkongsi matlamat dan visi sama untuk penduduk Sabah, termasuk autonomi untuk negeri.
"Kami mendapati bahawa kami sangat dekat dengan matlamat itu," katanya ketika diminta mengulas tentang cakap-cakap yang mengatakan UBF, yang diketuai oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan akan menyertai SAPP.
Katanya, SAPP tidak ada masalah jika UBF berkeras untuk bekerjasama dengan mereka.
Chua yang juga MP Tawau berharap terdapat perjanjian boleh dicapai di kalangan pemain politik ini, terutamanya Pakatan Rakyat (PR) kerana SAPP tidak mahu memingirkan parti berpangkalan di Sabah.
"Kami berharap perbincangan masih terbuka untuk pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN)... kerana kepentingan rakyat lebih penting," katanya.
Tambahnya, jika menang dalam SAPP ia juga bermaksud kemenangan untuk UBF kerana berkongsi platform dan perjuangan yang sama.
Apabiia ditanya sama ada ini adalah pandangan peribadi atau parti secara keseluruhannya, Chua percaya semua pemimpin dan ahli SAPP mempunyai platform dan pendapat sama sepertinya tentang isu tersebut.
Harian Ekspres
Jumaat, 23 September 2011
M/s 3
No comments:
Post a Comment