Friday, 30 September 2011

MCLM gariskan empat rukun utama


TAWAU: Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) menggariskan empat rukun utama termasuk keperluan menghormati Perjanjian 1963 di antara Persekutuan Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum pembentukan Malaysia.

Tiga rukun lainnya ialah Memulihkan Institusi Negara,Mmenjamin Kebebasan Rakyat Berdasarkan Perlembagaan serta Menerima Pakai Agenda Rangkuman Sosial.

Presiden MCLM Haris Ibrahim berkata pihaknya bagaimanapun menerima sebarang cadangan tentang keperluan perubahan rukun-rukun itu, tetapi meminta rakat menyokongnya, jika ia difikirkan berdaya maju untuk mereka.

Beliau juga pernah menjadi peguam selama 20 tahun turut berharap rakyat memahami kesemua rukun terbabit kerana ia bukanlah milik MCLM, tetapi seluruh lapisan rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Ceramah Agenda Reformasi Rakyat, di salah sebuah hotel sini. 

Program itu turut dihadiri oleh seorang lagi penceramah, Jayanath Appudural, Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Japiril Suhaimin dan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui.

Pada ajlis itu, beberapa isu selain empat rukun berkenaanturut dibangkitkan dan antaranya oleh Jayanath iaitu tentang pelajar-pelajar yang tercicir dari sekolah dan tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Japiril pula menyentuh tentang Perjanjian 20 Perkara makala Chua membangkitkan isu Kebanjiran Pendatang Asing Tampa Izin (PATI) serta mengenai sistem bantuan kerajaan kepada rakyat miskin di negara ini

Mohd Zafrin Nordiin
New Sabah Times
Jumaat, 30 September, 2011
Page 4

No comments:

Post a Comment