Oleh Jack Giau
KOTA BELUD.Ketua penarangan Zon Utara EN Jack Giau dan pejabat CLC SAPP Kadamaian Kota Belud menyokong cadangan Barisan Nasional menambah kerusi ADUN dan Parlimen di seluruh Sabah amnya Kota Belud.
Kenyataan Tan Sri Bernard Dompok Presiden UPKO menyokong dan mengesa kerajaan menambah kerusi kedua-dua kawasan semasa merasmi masyuarat agung UPKO Kota Belud, amat dialu-alukan oleh pihak SAPP, sudah tiba masanya pihak kerajaan Barisan National Sabah mengemukakan cadangan ini di peringkat persekutuan, dimana sepatutnya keseimbangan peruntukan Kerusi Parlimen di peringkat persekutuan perlu dikaji semula selepas Singapura keluar dari persekutuan Malaysia pada tahun 1967.
Kawasan Kota Belud dengan keluasan anggaran 876 batu bersegi lebih besar sedikit dari Negeri Perlis, perlu diberi pertimbangan penambahan 2 kerusi ADUN dan 1 kerusi Parlimen, kerana dengan penambahan kerusi ini wakil rakyat yang bakal mentadbir kawasan tersebut dapat melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik.
Dengan jumlah pertambahan penduduk kawasan seperti kawasan TAMPASUK 14,681, 13,551, KADAMAIAN 16,316 USUKAN,jumlah keseluruhan sebanyak 44,348 ribu pengundi berdaftar 2011 sudah tentu layak diberi tambahan kerusi.
Yang mana peruntukan undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kawasan yang diwakili oleh seorang wakil rakyat parlimen jumlah pengundi berdaftar sebanyak 5,000 orang, dan sudah tentu kawasan Kota Belud lebih dari mencukupi keperluan penambahan.
Kawasan Kota Belud yang berbukit bukau dan juga daerah Tuaran, Ranau juga perlu diambil kira kerana perjalan seseorang wakil rakyat untuk meninjau kawasan amat paya, dan adakalanya wakil rakyat langsung tidak bertandang ke kawasan yang diwakili.
Contohnya kawasan Kadamaian, CLC SAPP Kadamaian menerima laporan dari cawangan-cawangan kawasan kampung, wakil rakyat Parlimen dan ADUN jarang melawat kawasan yang berada di pendalaman seperti Kg Gonsurai Tinata Malangkap Tiong dan banyak lagi kerana perhubungan jalan yang teruk dan juga kawasan yang jauh dari Pekan.
Mungkin jika keluasan kawasan dikecilkan dari pada sekarang ini SAPP percaya wakil rakyat dapat berkhidmat dengan cemerlang di masa akan datang.
Jack Giau ialah Ketua Penerangan Zon Utara Tengah Parti Maju Sabah (SAPP).
No comments:
Post a Comment