Thursday, 8 September 2011

Kenapa hanya ahli politik Umno boleh hadir?

Hj Amde Sidik
Tmbalan Presiden SAPP

BEKAS Pengerusi Pusat Zakat Sabah (PZS) Datuk Syed Abas Ali berkata YB mempunyai hak untuk hadir pada majlis pembahagian zakat kepada kumpulan sasaran (DE, 23/C8/2011).

Saya sememangnya menunggu tindak balas dari pihak Muis berkenaan hal ini.

Pertanyaan saya sekitar 19 Febuari tahun ini tidak diberi sebarang maklum balas.

Di antara pertanyaan saya itu adalah apa yang berlaku kepada aset Muis bernilai RM 400 juta 20 tahun lalu?

Bagaimana Baitui Mal befungsi, bukankah ia di bawan bidang Muis? Bagaimana perlembagaan Muis boleh membenarkan ia berfungsi secara berasingan?

Ini adalah masa yang sesuai untuk kita rakyat yang beragama Islam melihat bagaimana apa yang dirujuk sebagai ketelusan aktiviti-aktiviii institusi awam seperti Baitul Mal dan Muis dalam dilaksanakan oleh pentadbiran dan pengurus.

Orang ramai mempunyai hak untuk melihat, sebagai contoh, kutipan zakat beberapa tahun lepas, bagaimana kutipan itu dikendalikan, bagaimana pengagihan dilakukan, atau mungkin kriteria pihak yang menerimanya sama ada kanak-kanak yatim dan golongan yang memerlukan.

Bagaimana dan apa pencapaian terbaru, atau apa petanda kejayaannya?

Saya telah dimaklumkan tentang janji yang dibuat oleh Muis merujuk kepada kemudahan mereka yang baru memeluk agama Islam (mualaf) di banyak daerah lain masih belum ditunaikan.

Tujuan saya menimbulkan persoalan ini adalah supaya masyarakat boleh mempelajari apa yang dimaksudkan dengan demokrasi, pergerakan Islam berpandukan ketelusan dan merupakan salah satu tonggak dalam mewujudkan kepercayaan dalam kalangan Umah.

Berbalik kepada isu YB mempunyai hak untuk hadir pada majlis penyerahan zakat kepada kumpulan sasaran, penjelasan lebih diperlukan daripada Syed Abas. Hakikatnya, semua orang Muslim mempunyai hak, bukan sahaja YB, dan bukan semata-mata untuk YB Umno.

Kita serahkan kepada Allah untuk menentukan siapa dapat apa dan berapa banyak di kemudian hari.

Harian Ekspress
Khamis 8 September, 2011
Page 3

No comments:

Post a Comment