Kota Kinabalu: Sudah tiba masanya rakyat Sabah mengubah persepsi dari terus membuat perbandingan di antara zaman PBS dan kerajaan dalam penantian. Sebaliknya rakyat Sabah harus percaya pada kebijaksanaan dan kewibawaan parti tempatan memimpin kerajaan negeri.
Setiausaha Penganjur SAPP, Jamain Sarudin berkata, tohmahan dan kata-kata kesat yang dilemparkan pada masa ini, kononnya SAPP jika membentuk kerajaan takkan berjaya tanpa Federal hanya retorik yang sengaja diada-adakan untuk memesongkan pemikiran rakyat terutama dari rakan pembangkang sendiri. Jelas ianya menghina anak-anak Sabah dan seolah-olah tahap pemikiran, pendidikan dan kewibawaan orang Sabah masih ditahap rendah yang tak mampu berdiri di kaki sendiri.
Mengambil contoh kerajaan pembangkang di semenanjung Malaysia hari ini masih mampu mentadbir negeri mereka tanpa bantuan Federal kerana anak negeri mereka yakin akan dapat berbuat demikian. Anak Kedah yakin terhadap kerajaan Pas di Kedah, demikian juga anak Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Jika bukan kerana ADUN DAP & PKR melompat parti, kemungkinan Perak masih diperintah oleh Pakatan ketika ini.
Sekiranya anak negeri sendiri tiada keyakinan, maka keadaan yang sama bakal dialami sama seperti sekarang apabila Sabah menjadi tunggangan Putrajaya. Tidak mempunyai kuasa autonomi untuk memerintah dan membuat keputusan terhadap negeri sendiri sebaliknya setiap keputusan perlu mendapat keizinan ‘tuan besar’.
Jamain yang juga Naib Ketua Pemuda Nasional berkata, parti pembangkang seharusnya memusatkan serangan untuk menentang Barisan Nasional dan bukannya terhadap sesama rakan. Sikap sesetangah pemimpin dan ahli dari pembangkang yang mengapi-apikan pelbagai isu seperti SAS dengan menyalahkan dan menuduh Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee jelas menunjukkan tahap pemahaman dan pengetahuan rakan pembangkang terlalu cetek dan lemah. Ini menunjukkan bahawa kewibawaan mereka amat rapuh dan seolah-olah berada di belakang Barisan Nasional.
Beliau menjelaskan, kedua-dua wakil rakyat yang mewakili SAPP Datuk Liew Teck Chan (Likas) dan Melanie Chia (Luyang) telah berulang kali meminta agar Dewan Undangan Negeri meluluskan usul pengeluaran Kertas Putih (white paper) berkaitan SAS bagi membolehkan dokumen-dokumen tersebut menjadi tatapan awam. Seharusnya ahli dan pemimpin pembangkang lebih tahu bahawa sesuatu dokumen kerajaan tidak boleh di dedah sewenangnya kerana ada akta rahsia rasmi yang menghalangnya atau anda bakal menghadapi tindakan undang-undang.
Sebagaimana diketahui umum PKR, DAP dan PAS di Sabah tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan sebarang keputusan parti, maka Jamain menggesa agar Kepimpinan Parti-parti di dalam Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur (PKR, PAS & DAP) agar mengawal tindak-tanduk pemimpin dan ahli-ahli mereka di Sabah jika tidak mahu dianggap sebagai barua dan ejen kepada Barisan Nasional.
Parti PKR/DAP/PAS adalah parti semenanjung macam UMNO. Pemimpin Sabah PR mesti mengambil arahan dari pemimpin semenanjung.
ReplyDeleteOrang Sabah sekarang sudah berpendidikan, berpengalaman dan bervisi, Kita tidak perlukan orang semenanjung menentukan masa depan kita. Tujuan orang semenanjung ke Sabah hanyalah untuk menjajah Sabah, merampas kekayaan Sabah demi kemajuan semenanjung.
Cuma parti pembangkang tempatan dapat mempertahankan hak Sabah. Sabah sepatutnya sama besar dengan Sarawak dan semenanjung. Sabah dan Sarawak bukan satu dari 13 negeri. Parti pembangkang PKR/DAP/PAS tidak pernah mengungkit perkara ini kerana perkara ini tidak akan menguntungkan mereka dari semenanjung.
Tolak parti PKR/DAP/PAS/UMNO/MCA/Gerakan , semuannya parti semenanjung.