SEBAGAI orang Sabah, kita sangat berbangga kerana mempunyai beberapa khazanah termasuk:
1. Gunung tertinggi di Asia Tenggara – Gunung Kinabalu.
2. Biodiversiti marin terkaya.
3. Biodiversiti tropika terbaik.
4. Tempat selaman terkenal dunia.
5. Hutan tropika tertua di dunia.
Kita adalah pengeluar balak laut selatan terbesar (kayu balak) di dunia. Kebanyakan daripada berbillion ringgit yang dijana oleh sumber balak telah’ditelan' atau 'dirampas' oleh pemimpin politik yang tamak dan hartawan balak yang tidak ada belas kasihan.
Kita pernah ada lombong tembaga terbesar di dalam negara. Kini, kita mempunyai lubang di tempat tertinggi dan terbesar dalam negara.
Lebih buruk lagi, kesan serius masalah kesihatan bagi penduduk yang tinggal di hilir.
Kita mempunyai beberapa keluarga terkaya di Malaysia, yang mendapat kekayaan dengan pemberian kontrak, konsesi balak dan tanah premi
Kita kini atau tidak lama lagi akan menjadi negeri minyak sawit terbesar di Malaysia. Pengeluaran bernilai RM13.5 billion pada 2010.
Tidak ada keraguan lagi bahawa industri minyak sawit akan menjana lebih banyak wang dalam tahun-tahun yang akan datang.
Tidak lama lagi, Sabah akan menjadi negeri minyak dan gas terbesar di Malaysia. Kedua-dua Terengganu dan Sarawak sesak dan tidak lama lagi akan merosot. Ini adalah sinar industri bagi Sabah.
Kerajaan Persekutuln memperuntukan berpuluh billion kepada Sabah dalam dua dekad terakhir ini.
Tetapi, Sabah masih lagi menjadi salah satu negeri termiskin dalam negara dengan GDP per kapita adalah satu jenaka... hanya kira-kira 1/3 daripada negeri membangun di Malaysia.
Kita mempunyai beberapa buah sekolah yang teruk, beberapa hospital yang terlalu sesak, di bawah kakitangan dan kelengkapan yang teruk, kurang peluang pekerjaan, jalan raya teruk, meskipun secara politiknya berkait dengan pemegang konsesi yang diberi ratusan juta ringgit setiap tahun, tidak boleh dipercayai dan bekalan elektrik yang mahal.
Kita juga mempunyai kos hidup tertinggi berbanding dengan pendapatan kita.
Senarai 'Kita paling teruk’ boleh mencapai sehingga dua muka surat.
Sabah sesuai digambarkan sebagai terkaya tetapi negeri paling miskin di Malaysia.
Penduduk Sabah perlu bermula menghadapi situasi yang, tidak memuaskan ini dengan bertanya ‘Soalan Mubarak’ – Dimana semua wang lesap?
Ianya lebih kepada kemungkinan bahawa ketika 2020, kedudukan ekonomi peribadi tidak akan berubah atau ketinggalan jauh di belakang, melainkan ada beberapa anjakan dasar dalam pengurusan ekonomi kita.
Kita perlu membuang sistem feudal ekonomi yang ada sekarang dan pengurusan aset oleh pemimpin politik - mereka perlu berhenti memperlakukan aset Sabah seperti kepunyaan mereka dan melakukannnya seperti yang mereka inginkan untuk memperkayakan sejumlah kecil masyarakat.
Pemimpin politik yang dipilih adalah untuk berkhidmat kepada penduduk Sabah, bukan untuk menguna aset Sabah secara sembarangan.
Kita perlu memberitahu kepada pemimpin parti kerajaan dan pembangkang bahawa:-
- Ia adalah hak kelahiran penduduk Sabah, bukan satu pemberian belas ihsan seperti sekarang, untuk menikmati hasil pembangunan ekonomi.
- Penduduk Sabah perlu diberikan kuasa untuk mengambil bahagian dalam kepentingan ekonomi negara dan negeri.
- Pemimpin politik perlu memberitahu penduduk Sabah dengan jelas mengenai Model Ekonomi Baru Kerajaan atau Buku Jingga Pembangkang.
- Adakah GDP per kapita kita akan setanding dengan Selangor atau Pulau Pinang menjelang 2020? Jika tidak, kenapa, ketika kita mempunyai sumber dan wang yang sangat banyak?
- Apa peratusan pemilikan ekonomi Sabah dan Malaysia bagi penduduk Sabah? Kedudukan ‘barisan bawah' boleh menjadi lebih baik lagi.
Penduduk Sabah perlu mempunyai keberanian untuk memberitahu pemimpin politik dalam kerajaan dan pernbangkang secara umum atau dalam peti undi yang kita mengharapkan lebih banyak lagi.
John Lo
No comments:
Post a Comment