Permainan “Taichi” adalah kemahiran pemimpin-pemimpin PBS dan nampakanya juga telah menjadi budaya PBS.
Dr Yee Moh Chai sebagai Timbalan Ketua Menteri tentulah mempunyai akses ke semua dokumen dan bukti yang diperlukan untuk menentukan siapa sebenarnya dalang dibelakang Project IC dan dalang yang menyebabkan kejatuhan SAS.
Beliau pernah menuduh Datuk Yong Teck Lee /SAPP terlibat dalam hal ini. Manakala semua orang dijalan berbisik secara terang-terangan yang dalang Project IC dan SAS adalah orang UMNO.
Kenapa pula sekarang Dr Yee tidak menggunakan kuasanya untuk mencari kebenaran ? Kenapa Dr Yee menjadi sunyi senyap dan tidak berani mendedahkan hal sebenarnya ?
Apakah Dr Yee dengan sengaja menunding jarinya kepada orang yang tidak bersalah demi kepentingannya sendiri ?
Encik Fung Lian Fui, Ketua PBS Sri Tanjung, Tawau juga telah belajar dari orang atasannya , Dr Yee bermain “Taichi”.
Baru-baru ini Encik Fung mengeluarkan kenyataan menyalahkan YB pembangkang Tawau/ Sri Tanjung iaitu YB Chua Soon Bui , SAPP dan YB Jimmy Wong, DAP tidak berkemampuan membawa perkembangan dan pembangunan ke Tawau.
“Encik Fung , kenapalah mengencam / menghasut orang Tawau untuk menolak parti pembangkang yang diketuai oleh YB Chua, SAPP di Tawau yang dikatakannya tidak berkemampuan membawa pembangunan di Tawau ?
Bukankah sudah lazimnya cara pemerintahan kerajaan BN menyekat dan tidak menyalurkan peruntukan pembangunan ke pejabat YB pembangkang ? Sebaliknya, bukankah dana peruntukan Sri Tanjung/Tawau telah disalurkan ke pejabat BN/PBS ?
Jika begini, kenapa pula YB Chua dikatakan oleh Encik Fung tidak berkemampuan membangunkan Tawau ? "
"Jikalau Tawau mengalami kekurangan pembangunan , yang patut disalahkan bukanlah YB pembangkang tetapi pejabat BN /PBS yang telah diperuntukkan dana tetapi tidak digunakan sebaik mungkin . Kemana dana tu telah lesap?
PBS, jangan lah bermain “Taichi” lagi. Carilah kebenaran. Jangan sembarang tunding jarimu kepada orang yang tidak bersalah lagi.
Bersikap berani lah untuk mendedahkan siapa sebenarnya yang telah menggunakan/menghabiskan dana pembangunan Tawau tetapi orang Tawau tidak melihat perubahan dalam pembangunan seperti yang didakwa oleh Encik Fung ?
Kenapalah semua pemimpin PBS sangat takut mendedahkan perbuatan kecurangan “Tuan” mereka, UMNO ?
Oleh : sapptawau@gmail.com
fakta tambirang melampau...hehheee,kesian inda ada info sdh ka mo kasi masuk...
ReplyDeleteNgam mah kalau BN tidak menyalurkan dana pembangunan melalui YB Chua...maknanya YB Chua sendiri tidak berkemampuan lah. Kau tampiling mulut sendiri.
ReplyDeleteBukan YB Chua sahaja yang tidak disalurkan dana.....semua YB pembangkang di Msia tidak mendapat....nilah cara diktator kerajaan UMNO/BN memeras ugut YB pembangkang...
ReplyDeleteWahai cybertroopers UMNO/BN, desaklah pemimpin-pemimpin kamu untuk bertindak membersihkan nama mereka dengan menerangkan siapalah sebenarnya dalang Project IC dan kejatuhan SAS ?
ReplyDeleteNilai SAS telah jatuh puluhan tahun yang lalu tetapi sampai hari ini masih belum dapat ditingkatkan nilainya ? UMNO/BN memang tidak pandai ?