Wednesday, 3 August 2011

Pemuda SAPP Tenom: Sikap keterbukaan JPN libatkan pembangkang positif langkah

Oleh: MEDIA SAPP

TENOM, Ogos 3: Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Melalap Roger Stimin (gambar), memberi reaksi yang positif terhadap kesediaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bekerjasama dengan parti parti politik mengenal pasti warganegara yang masih belum memiliki sijil kelahiran atau MyKad.

Katanya, kenyataan JPN itu satu petunjuk yang baik dari segi keterbukaannya untuk menyelesaikan kemelut isu pendekomuntasian rakyat Negara ini yang sering berlaku penentangan daripada pemimpin pemimpin politik khususnya pembangkang.


“ Apa yang kita harapkan agar ianya tidak tergolong kepada pemimpin politik atau wakil rakyat dipihak kerajaan semata mata tetapi turut melibatkan pihak pembangkang kerana mereka juga sering berdamping dengan rakyat,” katanya ketika menghubungi media  pada Rabu.

Beliau yang juga seorang Peguam berkata demikian  sebagai mengulas kenyataan Pengarah JPN Sabah pada baru baru ini yang mengalu alukan pemimpin pemimpin parti politik khususnya wakil rakyat menyalurkan maklumat berkaitan kewarganegaraan terutamanya penduduk dikawasan luar bandar.

Tegasnya, akibat dari  pendekomuntasian warganegara ini masih dibimbangi rakyat kerana ketulenannya telah mendorong pembangkang membuat protes terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana khuatir dokumen yang meragukan itu digunakan untuk mendaftar sebagai pemilih ketika pilihanraya umum berlangsung.

“ (Jadi)…kalaulah pihak pembangkang dilibatkan sama dalam mengenal pasti ketulenan kewarganegaraan ini sejak awal lagi iaitu ketika isu ini masih berlegar legar di peringkat akar umbi ianya tidak akan menular sehingga memuncak menjadikannya kemarahan rakyat…kerana ianya sudah ditangani diperingkat kawasan akar umbi,” tegas Roger.

Dalam pada itu ketika mengulas program pendaftaran 5P, beliau turut gembira apabila dalam laporan baru baru ini menyatakan bahawa seramai kira kira 300,000 pekerja asing telah didaftarkan.

Pada Isnin, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Sukarti Wakiman dalam laporan  itu dipetik sebagai berkata bahawa senario itu telah menggambarkan maklum balas yang baik yang hanya dijalankan dalam masa dua minggu tetapi beliau belum membayangkan akan melanjutkan tempoh program tersebut.
Ends///..

Caption:-

1.Gambar ROGER STIMIN- Timbalan Ketua Pemuda SAPP CLC Melalap.

No comments:

Post a Comment