Wednesday, 17 August 2011

Kenyataan Dato Rahman Dahalan mengelirukan rakyat Kota Belud

KOTA BELUD, Ogos 17, 2011: Ketua Penerangan Zon Utara Tengah SAPP merangkap protem Ketua Cawangan Kg. Piasau, En Jack Giau membidas kenyataan Dato Rahman Dahalan mengenai kawasan tanah adat di kawasan Rampayan Ulu kota Belud. Dengan menafikan sekeras-kerasnaya hak-hak masyarakat yang terlibat untuk mendapatkan hak pemilikan keatas tanah-tanah yang tidak bergeran dikawasan tersebut, yang mana satu tunjuk perasaan yang diketuai oleh EN Akim membantah pengambilan tanah dikawasan tersebut oleh syarikat yang membangunkan kawasan sebagai pusat pelancongan.

Adalah tidak logiknya seorang Ahli Palimen tidak mengetahui perkara yang dirancang oleh kerajaan, atau cadangan-cadangan kerajaan di kawasan Perliment yang di wakili, lebih- lebih lagi kawasan yang terlibat adalah kawasan penyokong kuat UMNO. Seharusnya kerajaan BN sepatutnya memberi pembelaan sewajarnya kepada rakyat dikawasan tersebut.

Selaku KETUA PENERANGAN SAPP Zon Utara Tengah, dan juga merupakan penduduk kawasan daerah Kota Belud saya tergerak untuk membidas wakil rakyat P169 ini kerana kegagalan dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat, di kawasan daerah Kota Belud, kerana wakil rakyat P169 bukan bermastautin didaerh kota belud. Dan mungkin kerana itu beliau tidak peka dengan perkembangan yang berlaku di daerah ini. Selain dari tuntutan hak adat di daerah ini dan pembangunan perancangan kerajaan yang mengelirukan rakyat seperti pembinaan empangan di kampong Tambatuon juga menjadi agenda utama Ahli Palimen p169 ini dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri N7 Kadamaian yang mendesak rakyat menerima pembangunan yang tidak di terima rakyat didaerah ini, SAPP Kota Belud mahu desakan rakyat yang terlibat ini di dengar bukannya dinafikan hak bersuara,

SAPP Kota Belud bukannya menolak pembangunan sekiranyanya perancangan itu di senangi rakyat dan memberi manafaat secukup kepada kawasan tersebut, tetapi hakikatnya rakyat Kota Belud menolak sekeras-kerasnaya pembinaan Empangan ini. Peruntukan sebanyak RM450juta pembinaan empangan Tambatuon yang dicadangkan oleh kerajaan adalah satu peruntukan yang besar dan seharusnya SAPP berbanga kerana Daerah Kota Belud menerima peruntukan berbillion ringgit ini, tetapi kerajaan BN sepatutnya memperbaiki dulu persarana perhubungan awam seperti jalan-jalan raya yang mana amat mendesak dan memerlukan pembinaan dan pembaikan di kawasan Kota Belud, contoh kawasan Kadamaian, Jalan Raya Piasau Malangkap dengan angaran 18km umpamanaya yang memerlukan jutaan ringgit untuk membaiki jalan tersebut Jalan Mengkulat Podos, Jalan Taginambur Gensurai, Jalan Malangkap baru ke Malangkap Tiung, yang mana hampir tidak dapat dilalui kenderaan umpamanya, kenapa pemimpin kerajaan serta wakil rakyat kawasan ini menutup mata?, Jalan-Raya Tengkurus dimana Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud tinggal di kampong tersebut juga jalan yang teruk tak bertar, mengapa pemimpin kawasan tidak mengambil tindakan serius menaik tarafkan jalan-jalan di kawasan tersebut sedangkan ianya jalan utama penduduk masyarakt luar Bandar? dan peruntukan sebanyak 450juta untuk Empangan sekiranya disalurkan untuk pembinaan dan pembaikan jalanraya mampu menyelasaikan 60 peratus jalan-jalan raya utama kawasan Kadamaian.

SAPP Kota Belud menentang sekeras-kerasnaya penafian hak rakyat untuk menerima pembangunan, dan rakyat Kota Belud bertanya kepada Kerajaan kemana perginya cadangan SHELL Malaysia membina pusat penapisan minyak dan gas di kawasan Kuala Abai Kota Belud dengan keluasan tanah dipohon seluas 172 ekar? anehnya program pembangunan seperti ini sepatutnya perlu di beri sokongan oleh pemimpin kerajaan daerah ini untuk mengujudkan pekerjaan kepada penduduk Daerah Kota Belud kerana rakyat Kota Belud Berhak menerima kemudahan pekerjaan dan keistimewaan yang diujudkan oleh pengeluar minyak seperti Petronas dan SHELL kerana darmaga minyak dibina di kawasan pesisir pantai kawasan Kota Belud.

SAPP Kota belud mahu minta penjelasan daripada pemimpin BN dan jabatan kerajaan yang terlibat kemana perginya projek pembinaan KOTA BELUD RELIEVE ROUTE (SRI RANGAU). RUJUKAN NO KONTREK :HQ27/2010(S) yang sepatutnya memulakan kerja-kerja pembinaan pada, BERTARIKH 25 FEBUARI 2010, kontraktor yang dilantik Sembilan Jaya Co. seperti yang tertulis dalam papan tanda dikawasan Talak Bana pekan kota belud. Sehingga sekarang ini tidak menampakkan sebarang tanda memulakan kerja-kerja tersebut, apa kah papan tanda itu hanya gimik politik mengaburi mata rakyat? Dan sekiranya terdapat kecacatan dalam penganugerahan projek tersebut SAPP minta siasatan dilakukan mengapa projek ini gagal di laksanakan? Kerana sememangnya masyarakat kota belud mengharapkan jalan pintas ini dapat diujudkan kerana jalan masuk keluar pekan kota belud memerlukan jalan pintas untuk mengelakan kesesakan lalu lintas.

Oleh Jack Giau, Ketua Penerangan Zon Utara Tengah Parti Maju Sabah (SAPP) merangkap protem Ketua Cawangan Kampung Piasau.

No comments:

Post a Comment