Pitas, Kudat – Rakyat jelata seharusnya sudah matang dalam percaturan politik masa kini, demikian inti pati ucapan pemimpin-pemimpin SAPP dalam satu majlis perasmian cawangan Parti Maju Sabah di Kg. Mandurian Ulu dan Sinanggip di Daerah Pitas baru-baru ini.
Rakyat Sabah terutama sekali pemimpin-pemimpin kerajaan sebenarnya sudah lama mengetahui hakikat sebenar masalah yang telah dan sedang berlaku di negeri namun tidak berdaya untuk mengatasinya oleh kerana berada dalam genggaman satu pihak parti politik bersifat kuku besi dalam BN dan terpaksa akur kepada perintah parti itu yang mempunyai kuasa besar dalam membuat keputusan.
Oleh sebab itulah maka SAPP telah mengambil keputusan muktamad untuk keluar dari komponan BN pada tahun 2008 kerana telah melihat dengan jelas ‘tsunami’ yang sedang melanda negeri Sabah sekarang dan bayangan penderitaan yang bakal dihadapi oleh generasi akan datang yang lebih teruk lagi jika dibiarkan seperti masalah Pendatang Tanpa Izin menjadi warga negara, rampasan tanah orang kampung oleh kerajaan melalui GLCnya, sumber asli alam Sabah dibolos serta mengabaikan hak dan kesejahteraan rakyat Sabah dan sebagainya.
Walaupun kerajaan negeri ditadbir oleh orang Sabah sendiri tetapi semuanya menunggu arahan dari Kuala Lumpur. Pemimpin-pemimpin kerajaan negeri bagaikan boneka sahaja kerana sanggup menjadi ‘pak turut’ dengan apa yang diperintahkan oleh kerajaan pusat, ujar Datuk Eric Majimbun.
Seperti kawasan-kawasan lain di Sabah, kampung ini juga tidak terpinggir daripada masalah-masalah yang sangat merumitkan penduduk kampung terutamanya kawasan tanah orang kampung yang belum dipastikan sama-ada selamat untuk dimiliki dan keperluan asas seperti jalanraya, balairaya dan sebagainya, kata saudara Yuslen Dukaloi selaku Ketua Cawangan SAPP Kg. Mandurian Ulu.
Dalam pada itu, Datuk Hj. Mohd. Noor Mansoor telah menyatakan didalam ucapannya bahawa inilah sebenarnya bukti kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO yang tidak berhati perut terhadap rakyat Sabah. Mereka cuma tahu mengaut keuntungan hasil minyak dari tanah Sabah tetapi pembangunan infrastruktur untuk rakyat diabaikan dan jika boleh tanah Sabah juga mungkin diangkut oleh mereka ke Kuala Lumpur.
Apapun, segala rintihan dan keperitan rakyat yang sudah parah sekarang ini akan dapat diatasi apabila Parti Maju Sabah menjadi kerajaan di Sabah melalui PRU ke-13 dengan satu syarat sahaja iaitu mengundi calon-calon SAPP yang akan bertanding nanti. Jangan juga kita tersilap dengan mainan politik pihak pembangkang Pakatan Rakyat (PKR, DAP, PAS) kerana mereka ini adalah parti dari Semenanjung yang sepatutnya datang ke Sabah untuk membantu parti tempatan (SAPP) untuk menumbangkan BN dan bukannya untuk berkuasa disini seperti UMNO, kata beliau.
Dalam perjumpaan dan perasmian cawangan SAPP ini, para hadirin yang dianggarkan seramai 80 orang amat gembira dengan kedatangan para pemimpin parti untuk memberi penerangan mengenai isu-isu semasa yang cukup baik dan penting bagi mereka. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah En. Johnes Piut - Pengerusi CLC Pitas, En. Jaely Medong (Banggi), En. Richard Jiun (Matunggong), En. Jack Giau (Kadamaian), Pn. Jayce Michael dan Pn. Elizabeath Porok (Wanita Zon Utara).
No comments:
Post a Comment